Tuesday, November 2, 2010

PAKCIK KAYOOO

Teluk Ramunia ada minyak, gas

JOHOR BAHRU 19 Okt. - Teluk Ramunia, Pengerang, mampu menjadi sebuah hab industri minyak dan gas yang baru di negara ini berikutan potensi dan kedudukannya yang strategik.
Dekan Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui (FPREE) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Ariffin Samsuri berkata, aktiviti berkaitan seperti penyimpanan dan penapisan minyak serta menjadi lokasi kapal berlabuh amat sesuai ditempatkan di situ.
"Selain itu, mengikut keadaan geografi Teluk Ramunia, diramalkan sumber minyak dan gas terdapat di kawasan itu yang berdasar kepada beberapa faktor dan perkembangan semasa.
"FPREE UTM Skudai sedia melakukan kajian di Teluk Ramunia bagi membuktikan kesahihan itu tetapi kita mempunyai beberapa halangan daripada pihak tertentu untuk berbuat demikian," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Minyak dan Gas (OGS) 2010 di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai, dekat sini hari ini.
Katanya, Teluk Ramunia mampu berkembang menjadi seperti industri minyak dan gas di Kertih, Terengganu sekali gus menjadi pesaing kepada hab yang sama di Singapura.
Menurutnya, Teluk Ramunia mempunyai banyak kelebihan berbanding hab sedia ada di negara itu contohnya daripada segi ruang dan kawasan.
Sementara itu, beliau memberitahu, UTM akan wujudkan dua kursus baru pada tahun depan iaitu Kejuruteraan Geologikal dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui.
Tujuannya, kata Ariffin, bagi menambah tenaga kerja dalam bidang minyak dan gas yang akan meningkat 15 peratus menjelang 2030.
Mengenai simposium itu, beliau berkata, tujuannya untuk membuka minda para penuntutnya mengenai peluang pekerjaan dan teknologi terkini dalam industri minyak dan gas.

1 comment:

ctompok @ CITI BAYA said...

Kepada dak2 Raminia ni adelah rejeki nomplok pd mase mendatang