PETUA MUDAH UNTUK KECANTIKAN
Petua Merawat Jerawat Di Wajah
Petua Yogurt
Anda
suka yogurt? Hmmm...saya merupakan salah seorang penggemar yogurt.
Yogurt ni, di samping sedap dan menyihatkan, juga boleh dijadikan
sebagai remedi untuuk merawat jerawat.
Caranya adalah dengan
apply yogurt ke kulit wajah setiap hari sebagai masker. Biarkan selama
10 minit sebelum dicuci dengan air mati.
Petua Bawang Putih
Heheh...kalau anda boleh bau bawang putih, silalah cuba petua ini:
Bahan-bahan : Seulas bawang putih (tumbuk), 1 sudu kecil madu, 1 sudu kecil jus carrot dan putih telur dari sebiji telur ayam.
Cara-caranya : Pukul
dulu telur putih tersebut sehingga nampak kembang. Kemudian campurkan
kesemua bahan-bahan lain dan adunan ini dipukul lagi sehingga
betul-betul sebati.
Gunakan ramuan tadi HANYA pada tempat yang berjerawat sahaja. So takderlah busuk sangat...SELAMAT MENCUBA!!!
Petua Mencerahkan Wajah Yang Kusam
Saya
ada petua mudah untuk mencerahkan kulit wajah yang dah nampak kusam
(mungkin dimamah usia ataupun terlalu banyak terdedah dengan pencemaran)
Petua Pertama :
Pukul sebiji kuning telur dengan 1/2 sudu kecil minyak jagung beserta beberapa titisan air mati.
pukul sehingga sebati ajer. Kemudian adunan tadi diletakkan ke seluruh
kulit wajah kecuali mata. Lakukan dengan berhati-hati dan lembut.
Kemudian kita perlu tidur dengan kedudukan kaki lebih tinggi daripada
kepala supaya aliran darah dapat beredar dengan baik. Aliran darah dalam
badan yang baik akan membantu menyerikan kulit wajah.
Tunggu
sehingga 5-10 minit. Kemudian bilaslah wajah seperti biasa dengan air
mati juga. Air mati ini baik untuk kesihatan kulit wajah. Jadi
amalkanlah selalu membasuh wajah dengan air mati.
Petua Kedua :
Petua
ini menggunakan jus nenas untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah.
Enzim yang terdapat pada nenas dikatakan dapat mengeluarkan sel-sel
kulit mati yang berada pada permukaan kulit wajah. Sel kulit yang mati
menghalang kulit daripada bernafas dan seterusnya menyebabkan lebih
banyak tisu kulit mati dihasilkan.
Cara-cara untuk menyediakan petua ini adalah dengan mendapatkan jus nenas tersebut (kisar dan tapis untuk mendapatkan jus).
Tambahkan sedikit air jika jus tersebut kelihatan terlalu pekat. Petua
lain adalah dengan mencampurkan jus nenas ini dengan jus carrot (carrot
juga dikatakan dapat mencerahkan kulit wajah).
Cara nak
apply petua ini adalah dengan merendamkan beberapa keping kain kasa atau
tisu muka ke larutan tadi. Kemudian berbaring dan letakkan kain kasa
atau tisu muka yang telah direndamkan ke larutan tadi pada muka. Tunggu
sehingga 15 minit sebelum membersihkan wajah dengan air suam suam kuku.
Rutin
ini disambung dengan menggosok secara perlahan kulit wajah dengan kain
lembut. Ia dikatakan akan mengeluarkan sel kulit mati yang telah berjaya
dilongggarkan dengan melakukan petua di atas tadi.
Cuci semula
wajah dengan air suam dan seterusnya dengan air sejuk. Kemudian
keringkan wajah sepeti biasa...Air suam dikatakan dapat membuka
liang-liang roma dan air sejuk pula dikatakan dapat membantu mengecilkan
liang-liang roma. Jadi inilah sebabnya air suam digunakan dahulu
sebelum air sejuk.
*Petua yang mudah dan berkesan, malah seronok jika dapat dilakukan selalu.
Petua Mengurangkan Tanda-tanda Kedut Di Wajah
Sebenarnya
kalau diikutkan, memang tiada ubat untuk penuaan (kedutan) nih. Sebab
kita adalah sebahagian daripada alam dan kehidupan, so ada timeframe
kita yang tertentu. Ada masa untuk jadi baby, kanak-kanak, remaja (ni
masa paling best! Heee), menjadi seorang dewasa dan menjadi golongan
warga emas.
Bagi saya, tiada satupun krim atau ubat dalam dunia
ni yang boleh membuatkan kita muda selama-lamanya. Kalau ada pun, itu
palsu belaka contohnya seperti botox dan susuk. Hakikatnya kita memang
dah tua walaupun wajah 'tua' tu dah dilitupi dengan botox dan susuk
Apa
yang boleh kita buat adalah 'mengurangkan' kadar kekedutan tersebut
supaya tak adalah nampak macam 'buruk' sangat kedut pada wajah kita tu.
Hmm..panjang
pula celoteh saya ni ek. Sorry...So dipendekkan ceritalah, inilah serba
sedikit petua yang saya tahu untuk mengurangkan kedut di wajah :
Bahan-bahan :
1) Lobak merah
2) Sebiji kuning telur
3) Sesudu tepung jagung
Cara-cara :
Parut
lobak merah (agak-agak la banyak mana untuk disatukan dengan sebiji
kuning telur). Then masukkan kuning telur tersebut bersama tepung
jagung. Kacaulah sehingga sebati sebelum melumurkannya ke kulit wajah.
Tunggu sehingga agak kering, selepas itu barulah boleh dibilas dengan
air suam-suam kuku...
Insyallah, petua ini akan membuatkan kulit muka anda terasa segar dan tegang.
Petua Memastikan Parut Tidak Meninggalkan Bekas
Hari ini saya ada petua untuk menghilangkan parut/memastikan parut tidak meninggalkan bekas. Caranya mudah sahaja :Dapatkan
bunga raya merah. Ambik kelopaknya sahaja dan tumbuk sehingga hancur.
Selepas itu sapukan kelopak bunga raya yang telah dihancurkan tadi pada
parut di wajah. Biarkan sehingga ia kering sebelum dicuci dengan air
suam. Petua ini boleh dilakukan setiap hari terutama kepada anda yang
mahu mendapatkan hasil yang cepat.
Seperti yang saya
katakan tadi, petua ini sangat mudah untuk dilakukan, cuma yang payahnya
mungkin bab mendapatkan bunga raya merah tersebut. Saya ada satu
cadangan kepada anda semua. Apa kata mulai hari ni kita mula tanam
tumbuh-tumbuhan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Mulalah dengan
menanam pokok yang mudah hidup dahulu. Antaranya bunga raya merah ni. Memang mudah hidup .
Prinsip
kecantikan : "Biar payah dan leceh, tapi cara tradisional dan
semulajadi adalah cara yang paling mujarab untuk kecantikanku" :P
Petua Hilangkan Parut
Ini
ada satu petua untuk menghilangkan parut. Sebenarnya petua untuk
menghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat.
Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)
Caranya
adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan
daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan
lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut
di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali
parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar
luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...
Petua Merawat Sunburn (Kulit Muka Terbakar)
Petua Merawat Sunburn :
Caranya
adalah dengan basuh sebiji kentang, then kukus sehingga benar-benar
masak lembut. Tak perlu buang kulitnya, cuma basuh sahaja. Selepas itu
lenyek kentang tadi sehingga benar-benar halus (ala-ala kentang lenyek
KFC). Kemudian letakkan paste kentang tadi pada kulit wajah yang
terbakar. Insyaallah, kulit akan terasa nyaman dan segar semula. Cubalah
Petua Melembabkan Kulit Wajah
Petua
ini mengunakan kubis. Caranya adalah dengan mengisarkan kubis
menggunakan blender. Tapis dan perah kubis yang telah dihancurkan tadi
untuk mendapatkan airnya sahaja. Kemudian ianya dicampurkan dengan
sedikit madu lebah dan kalau ada campurkan juga dengan sedikit air
kelapa. Sapu ke kulit wajah dan biarkan sehingga ia mengering sendiri.
Kemudian bilaslah muka seperti biasa.
Petua ini boleh diamalkan setiap 2 hari sekali.
Petua Awet Muda Untuk Wajah
Petua
ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu
atau nenek kita,namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya
satu amalan.
Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan
yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan'
kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk
kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.Letakkan
jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian
pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke
bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam
selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil
minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum
mengambil apa-apa sarapan.
Menggebukan + Mencerahkan Kulit Badan
Sental badan dengan hampas kelapa yang telah diparut. Apply pada seluruh kulit badan termasuk leher
sekali.buat 2 minggu sekali.Hasilnya memang memberangsangkan. Kulit
nampak lebih cerah dan bercahaya. Yalah kan. Kita ni setiap hari
terdedah kepada cahaya matahari dan pencemaran. Terutama sekali bagi
kita-kita yang kena bawa kereta sendiri/naik bas/naik motorsikal. So,
kenalah jaga kesihatan dan kulit kita, baik dari dalam atau luaran.
Petua Kembali Langsing Selepas Bersalin
1)Pastikan flusk air panas sentiasa di sisi anda
- Sekali minum separuh gelas ajer. Minum dengan kerap. Baru terbakar semua lemak kat dalam badan tu
2) Minum air rebusan daun inai.
-
Minum yang sedang suam/panas. Minum yang telah sejuk pun ok, tapi
kurang berkesan. Saya meminum air rebusan inai ini dua kali sehari
(sebelum mandi pagi dan di waktu petang).
4) Bertungku
- Ini amat penting untuk mengembalikan kedudukan rahim dan memanaskan serta membuang lemak di bahagian perut
Petua Rawatan Mata
BULATAN HITAM BAWAH MATA
Hancurkan/tumbuk
daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya
selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.
MATA SEMBAB
Mata
sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar.
Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata
selama beberapa minit.
KELETIHAN MATA
Lembabkan
2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi
dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke
atas mata selama lebih kurang 15 minit.
Petua Melebatkan Bulu Kening
Bahan-bahan
1) Beberapa tangkai daun sirih
2) Lendir daun lidah buaya
Cara Pemakaian
Ambil
daun sirih, celupkan tangkainya ke lendir daun lidah buaya. Kemudian
sapukan ia pada kening perlahan-lahan. Sapu seperti anda hendak
membentuk kening menggunakan pensil kening. Melalui cara ini, anda bukan
sahaja dapat melebatkan bulu mata, malah bentuk kening juga dapat
diperkemas dan diperindahkan.
"Quick Fix" Tips
Petua 1 : Petua Lain Bagi Mengatasi Masalah Keguguran Rambut
i) Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s : anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak
ii)
Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk
dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun
lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai.
Lagi satu petua, gunakan lendir daun rambutan untuk lebatkan rambut.
Insyaallah, kalau buat selalu, berkesan...
Petua 2 : Merawat Bibir Yang HitamBibir hitam kerana lipstik itu sendiri. Ada satu petua untuk membeli lipstik supaya bibir tidak hitam selepas menggunakannya.
Lipstik
yang menyebabkan bibir hitam mempunyai bau (wangi atau apa2 bau). Oleh
sebab itu, sebelum memilih lipstik kesukaan anda, cium dahulu lipstik
tersebut. Kalau ada apa-apa bau, maknanya jangan ler beli. Kalau tak ada
apa-apa bau, maknanya selamatlah lipstik tu. Saya pun sekarang dah tak
pernah beli lipstik yang mempunyai apa2 bau.Tambah2 lagi yang berbau
wangi seperti bau buahan2an tu, memang sure hitam bibir.
Ok,
berbalik kepada persoalan petua tadi. Antara petua yang saya dapat untuk
memerahkan kembali bibir anda yang telah hitam kesan penggunaan lipstik
yang salah :
i) Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15
minit. Kemudian bilas dengan air. Kalau nak biarkan pun ok juga. Cuma
mungkin kita akan rasa kurang selesa atau mungkin juga bibir akan
digigit semut nanti.
ii) Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit
sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh
membuang semua kesan lipstik pada bibir anda.
Petua 3 : Petua Kuruskan Badan
Amalkan
dua petua "jangan" ini untuk maintain berat badan. Pertama, jangan
minum ais langsung, amalkan meminum air suam sahaja setiap hari. Kedua,
jangan makan melebihi 7.00 malam. Mudah ajer kan. Cuma nk mengamalkannya
ajer yang agak berat. Kuatkan semangat, bulatkan tekad, pasti boleh!
No comments:
Post a Comment