WAHAI AHLI2 KWSP DILUAR SANA.....
1. Semak status keahlian anda.
KWSP adalah skim tabungan wajib bagi pekerja disektor swasta dan pekerja tidak berpencen di sektor awam. anda boleh membuat semakan dengan menghubungi pusat panggilan KWSP.
2. Pastikan majikan anda mencarum bagi pihak anda.
Kadar wajib carum pada ketika ini adalah 8 % potongan dari gaji pekerja dan 12 % dari pihak majikan.
3. Anda boleh mencarum lebih dari kadar wajib yang ditetapkan.
Hanya isikan borang KWSP 17 A dan maklumkan majikan peratus atau jumlah wang yang ingin anda tambah.
4. Semak penyata kira2 ahli anda.
Anda perlu menyemak akaun anda dari masa kesemasa melalui kios pintar ataupun i akaun yang terdapat dalam laman web KWSP. sEKIRANYA TERDAPAT KERAGUAN ANDA PERLU MERUJUK KEPADA MAJIKAN ANDA ATAU MENGHUBUNGI PIHAK KWSP.
5. Jangan lupa buat penamaan.
Anda perlu mengisi borang KWSP 4 (AHL) untuk membuat penamaan.
6. Ingat simpanan KWSP PASTI AKAN DIBAYARDIVIDEN.
KWSP menjamin dividen sekurang-kurangnya 2.5 % setahun.
7. Ketahuilah juga bahawa pengeluaran simpanan ahli juga tidak dikenakan cukai.
8. Ketahuilah juga bahawa pengeluaran simpanan ahli juga tidak dikenakan cukai.
9. Bantuan hilang upaya bagi yang layak.
SELAIN DARIPADA SEMUA SIMPANAN, AHLI ATAU PENJAGA KEPADA AHLI YAMG HILANG UPAYA SEBELUM BERUSIA 55 TAHUN JUGA LAYAK MENDAPAT BANTUAN HILANG UPAYA BERJUMLAH RM5 RIBU.
10. Bantuan kematian kepada waris.
Waris kepada ahli yang meninggal dunia sebelum 55 tahun juga layak mendapat bantuan kematian berjumlah RM2500.
11. Rancang pengeluaran simpanan anda.
Rancang pengeluaran dengan baik sama ada pengeluaran prapersaraan mahupun pengeluaran persaraan.
12. JANGAN LUPA SEMAK DAN KEMASKINI MAKLUMAT ANDA DARI SEMASA KESEMASA.
No comments:
Post a Comment