Monday, October 18, 2010

PELARIS & PEMANIS

Pelaris pada istilahnya boleh dikatakan juga sebagai pemaju atau kejayaan. Jadi pelaris sememangnya digunakan untuk memajukan diri pemakai supaya Berjaya didalam apa jua bidang yang diceburi. Pelaris boleh diketagori dalam bermacam-macam keadaan mengikut pengunaannya ,antaranya ialah pelaris diri atau pemanis diri ,pelaris perniagaan, penyeri rumah dan bermacam-macam lagi Pelaris diri atau pemanis diri biasanya dipakai apabila merasakan diri tidak mendapat perhatian terutama dari rakan kaulan ,suami atau isteri, pekerja dengan majikan peniaga dengan pelanggan dan berbagai-bagai lagi.
Perkara seperti ini sentiasa berlaku dalam kehidupan seharian. Insyaallah dengan memakai pelaris atau pemanis diri, anda tidak akan di sia-siakan .Setiap yang memandang kepada anda akan terasa bahawa anda sememangnya anggun,cantik dan berwibawa dan sekiranya anda seorang peniaga barang dagangan anda akan laris di jual, itu adalah diri anda yang sebenarnya .
Penggunaan ‘pelaris’ dikatakan antara faktor yang memainkan peranan bagi membantu seseorang pengusaha atau peniaga menarik lebih ramai pengunjung sebagai contohnya pengusaha kedai runcit, restoran atau kedai makan dan sebagainya.
Sebagai contohnya seseorang yang memiliki sebuah telefon bimbit, kemudian ia dapat berhubung manusia dari satu tempat kesatu tempat yang lain walaupun dari jarak yang jauh atau pun pengunaan internet . Walaupun kita memiliki telefon dan computer tapi kita tidak akan dapat berhubung dengan satu dunia sekiranya kita tidak menbayar bil untuk telefon atau internet. Begitu juga dengan pelaris semuanya sudah ada pada kita Cuma hanya perlu di access atau di buka jalan sahaja.
Pelaris diri pula boleh diandaikan sebagai radio dan stesen pemancar. Walaupun stesen pemancar menhantar frencuency pada semua tempat ,tapi sekiranya kita tidak switch on radio maka kita tidak akan dapat mendengar siaran radio. Jadi pelaris diri yang sebenarnya perlu di switch on kan sahaja pada diri kita . walaupun menurut sesetenggah pandangan ‘pelaris’ tidak patut digunakan, penggunaannya bukanlah sesuatu yang mustahil kerana terdapat perniagaan yang dikunjungi ramai sedangkan produk yang disediakan tidak begitu bagus atau mempunyai daya tarikan yang lain.

No comments: